top of page

TENTANG KAMI

Jabatan Pembedahan Am merupakan salah satu jabatan penting dalam perkhidmatan pembedahan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru merangkumi perkhidmatan Pesakit Dalam Wad, perkhidmatan Pesakit Luar, Pembedahan Elektif, Pembedahan Kecemasan, Rawatan Endoskopi dan Rawatan Harian.

​

Jabatan ini menjalankan fungi-fungsinya melalui 4 unit utama iaitu Wad Pembedahan (Wad West 4, East 2 dan East 5), Unit Endoskopi, Daycare Surgery dan Klinik Pakar Pembedahan (SFUC).  

​

Jabatan ini juga beroperasi sebagai pusat rujukan kes-kes pembedahan di selatan Semenanjung Malaysia serta menjadi pusat latihan doktor Siswazah, doktor Sarjana Pembedahan Am dan doktor Sub Kepakaran.

​

 

Objektif Jabatan Pembedahan Am

 

  • Memberi kemudahan pembedahan kecemasan dan elektif bagi Pembedahan Am, 'Trauma Surgery', 'Upper GI', 'Colorectal', 'Hepatobiliary' dan 'Paediatric Surgery'.

​

  • Memberi penjagaan peri-operatif secara komprehensif serta mengurangkan komplikasi dan ketidakselesaan pesakit semasa dan selepas menjalani rawatan pembedahan.

​

  • Memberi perkhidmatan pembedahan dan penjagaan paliatif yang terbaik.

​

  • Meningkatkan taraf perkhidmatan pembedahan melalui latihan yang berterusan kepada semua kakitangan jabatan.

​

  • Meningkatkan kesedaran orang awam mengenai penyakit-penyakit yang memerlukan rawatan pembedahan seperti Kanser Payudara, Kanser Kolorektal, Kanser Perut dan Kanser Hati

​

​

​

​

bottom of page